Skip to main content

Antara Maruah,Perasaan dan Persahabatan.....

Pengertian maruah dari kamus dewan ialah tingkah laku,pergaulan dan tuturkata yang elok. 
Kepentingan menjaga maruah diri ialah menjaga kemuliaan diri,keluarga,masyarakat dan negara supaya tidak tercemar dan kualiti diri sentiasa dipertingkatkan.
Cara menjaga diri dan maruah melalui cara percakapan ialah

  •  Bercakap dgn perkara yg baik.
  • Berbahasa sopan.
  • Percakapan yg menyenangkan
  • Bercakap benar.
  • Bercakap perkara yang berfaedah kpd semua.
                        Soal perasaan dan persahabatan korg pndai2 la cari definisi tu ye...hehe..actually entri aku kali ni berkaitan dengan soal maruah,perasaan dan persahabtan aku dengan kengkawan. Kita sebagai manusia biasa memang tak dapat lari daripada hidup keseorangan. Kawan begitu penting dalam hidup kita kerana kalau bukan kerana kawan kita juga mungkin tak dapat hidup bahagia seperti sekarang. Pepatah "antara isi dengan kuku" antara pepatah yang popular digunakan apabila ia berkaitan dengan soal persahabatan. Sebagai seorang hamba ALLAH yang sangat lemah ini, aku sesekali tidak pernah lupa jasa2 sahabat aku yang pernah bersama2 aku ketika senang dan susah. Sesungguhnya sahabat sejati itu adalah sahabat yang ada ketika kita berada dalam kesulitan yang sudi membantu dan menanggung kesusahan dan kepahitan bersama. Itulah sahabat sejati.


     "AKU SAYANG SAHABAT-SAHABAT AKU DAN AKU SESEKALI TIDAK MAHU KEHILANGAN MEREKA"


Apa yang aku mahu kongsi disini adalah kisah hidup ku bersama rakan-rakan di universiti. Kisah ni aku tak minat nak ulas panjang lebar, cukuplah ia sekadar pengajaran buat sahabat-sahabat yang lain. Kehidupan kami penuh dengan gelak ketawa dan apa yang menarik adalah kami semua mempunyai minat dan hobi yang sama. Tidak pernah berlaku pergeseran antara kami sepanjang 3tahun hidup bersama di alam universiti. Untuk makluman kalian kelas kami semunya adalah 'BOYS' belaka. So semngat assabiah antara kami memang kuat la. Bayangkan dari semester 1 sampai la semester 4 kelas kami semua lelaki..haha..sampaikan kitorg pernah bergaduh ngn pompuan yang cuba nak masuk kelas kami. Bukan apa,kami simpati trhdap rakan2 yang sebelum ni kelas kami tak dapat masuk kelas kami semester berikutnya. Sebabnya adlah POMPUAN!!haha...bukan niat nk bermusuh dengan pompuan tp apa yang aku nk tekan kan kt cni 'aku amat sayang kawan-kawan aku' kalau boleh biarlah kami bersama sampai grad nnti..insyaalllah....


Tetapi kebahagiaan kami tak lama. Di saat masing-masing sudah mengenali rakan masing-masing, baru kami sedar yang mana betul-betul sahabat atau yang mana betul-betul musuh. Ini hakikat yang tak dapat nak disangkal. Bukan aku seorng yg merasakan perkara ni malah rakan-rakan aku yang lain turut menyedarinya. Masing-masing dah mula menunjukkan kepala masing-masing. Aku xkisah sangat hal ni cume yang penting bagi aku asalkan kawan-kawan aku bahagia dengan dunia mereka. Aku turut tumpang bahagia kawan..............




Cuma aku tak dapat terima apabila kutukan dan fitnah dilemparkan oleh sahabat aku sendiri!sahabat yang sentiasa bersama ketika susah dan senang. Fitnah dan kutukan terhadap aku dilemparkan melalui fb aku sendiri. 




Aku sedih dan kesal. Nada mereka memang bergurau tetapi yang sebenarnya mereka telah mnyinggung perasaan rakan mereka sendiri. Kita kalau nak bergurau biarlah ada hadnya. Tak salah nak bergurau tapi perluke kita nak kutuk orang tu berlebih2an???sampaikan aku rase da tak tahan aku terpaksa block mereka!!Tindakan paling kejam aku pernah buat untuk member sendiri. Maafkan aku kawan. Aku tak berniat untuk merosakkan hubungan kita ni, cuma aku nak kamu semua jadikan ia sebgai satu pengajaran. Pengajaran yang mungkin mematangkan hidup kita dalam bersahabat dan menjaga hati sahabat. 


Perlu diingat kita semua manusia dijadikan ALLAH sangat istimewa dan setiap kita mempunyai maruah tersendiri. Ingatlah kawan-kawanku "sesungguhnya FITNAH itu lebih besar dari membunuh!!"Insaflah kita dari memberi komen-komen yang mengutuk atau memburuk kawan sendiri. 









Comments