Skip to main content

Anniversarry Mak&Ayah yang ke-23 tahun

Tanggal 29hb Disember 1988, pasangan Fauzi bin Hamid(ayah) dan Zarina binti Mohd Zain(mak) selamat diijabkabulkan. Upacara akad nikah yang diadakan secara sederhana itu dijalankan di rumah pengantin perempuan di Tanah Merah, Kelantan.

Untuk sedia maklum, ayah saya berkerja sebagai Pereka Grafik dan Juruteknik untuk syarikat Telekom M'sia yang disertai beliau pada tahun 1981. Dan pada tahun 1988 ayah bersama-sama 10 orang pekerja Telekom dari pelbagai sektor telah dipilih untuk menghadiri kursus Dasar Pandang Ke Timur (dilancarkan Tun Dr. Mahathir) di Tokyo,Jepun.

Nak dijadikan cerita pada masa itu (1988) mak saya telah pun mengandungkan kami (zhafran&zhafir) 1bulan dan dengan hati yang berat mak terpaksa lepaskan ayah pergi ke Jepun untuk menghadiri kursus selama 7bulan. Kursus ini wajib kerana kata ayah "setiap kakitangan kerajaan harus belajar sesuatu dari Jepun"-tak pasti sama ada itu jawapan ayah atau saya reka2..haha


 Sebelum berangkat ke Tokyo,Jepun(mak mengandung kami 1bulan)
Gambar di atas diambil ketika di Lapangan Terbang Subang sebelum berangkat ke Jepun. Yang menariknya ini lah satu2 nya gambar( yang saya jumpa) mak saya sedang mengandungkan saya 1bulan!! berbulan-bulan ade jugak tapi ini satu2nya gambar ketika kami 1bulan diciptakan dalam perut mak..hehe

Seterusnya, pada 19hb Januari 1989, pasangan ini (mak&ayah) dikurniakan anak sulung kembar lelaki yang diberi nama Mohd Zhafran dan Mohd Zhafir. Si kembar yang sangat comel!!(masa kecik dulu lah..hehe)




 Pegawai Kadet Polis 2006 SMK Perimbun

19hb November 1993, pasangan bertuah ini kemudian dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Nur Zafirah.


Kemudian tangal 19hb Mei 2000, pasangan ini sekali lagi diberikan rezeki oleh ALLAH S.W.T dengan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Zuhair. Dan pada 17hb November 2005 anak bongsu pasangan ini dilahirkan di Hospital Kajang. Dua adik saya ini teramatlah nakal. Rapat memang rapat tetapi dalam masa yang sama kuat gaduh sesama sendiri.




 oooppss...terlebih sudaaaa....!!
Kini usia perkahwinan pasangan kini hampir memasuki 23 tahun.
Penceritaan di atas adalah pendahuluan kepada apa yang saya hendak post untuk entri kali ini. Entri kali ini berkaitan dengan sambutan ulang tahun perkahwinan mak dan ayah kami yang diadakan di Kenny Roger's Roaster (KRR) Leisure Mall baru-baru ini. Actually kami dah lama tak belanja keluarga kami keluar makan dan sempena ulang tahun perkahwinan mereka kami mendapat idea untuk menyambut di KRR. Suasana gembira dan riang mengiringi sepanjang kami menyambut ulang tahun perkahwinan mereka. Gembira la sebab  dapat melantak ayam golek 1 ekor dan 1/2 ekor ayam golek bbq..haha

 Happy Family

 "Happy Anniversary!!"

 Perasmian oleh ayah...

 Tak sabar nak melantak..

 Ayam golek 1/2 bbq...nyum nyum..

 Kanak2 kebuluran..setahun tak pernah jumpa ayam golek mmg macam ni la

 Romantik sikit walaupun dipaksa...(ada ganguan di tengah2)



Selesai melantak, kami pun pergi bersiar-siar di downtown r&r Bukit Dukong. Takde pape pn yang dibeli. Cume mainan dan tudung je.



 Adik Ci'ah dan mainan...Mak(tudung baru) bersama ayah..

 Mak (sekali lagi dengan tudung baru) bersama saya..
Sekian itu sahaja gambar-gambar sempena sambutan ulangtahun perkahwinan mak&ayah yang ke-23. Ucapan anak mak yang sulung ini semoga mak dan ayah dipanjangkan umur dan diberi kesihatan serta kekuatan oleh Allah S.W.T untuk membahagiakan kami sekeluarga. Biarlah abang(saya) sempat buktikan kejayaan abang pada mak dan ayah suatu hari nanti. Sesungguhnya pengorbanan mak dan ayah tak mampu kami adik beradik balas. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas jasa2 mak dan ayah.

"Abang sayang mak dan ayah!!"




Comments