Skip to main content

Last Day In KCM...

23hb Disember 2010 merupakan hari terakhir saya berkhidmat di KCM Taman Melawati. Korang mesti nak tau KCM tu apa kan??bagi yang dah tau tak pe tapi yang belum tau KCM tu ialah Kelas Tusyen Cikgu Maryam. Ye..saya bekerja di sana. Pelbagai kenangan pahit manis yang saya dapat sepanjang menabur bakti di sana (yelah tu menabur bakti..hehe). Nama-nama seperti MR.LINGES(tertekan caps lock plak), Izzie,kak Norin dan Mr. Prem adalah nama-nama staff KCM Taman Melawati yang sama-sama berkhidmat sepanjang School Holiday Package(SHP) yang bermula 23hb November 2010-23hb Disember 2010.

Pertama sekali saya nak cerita sedikit tentang kerja saya ini. Kerja saya adalah sebagai ADMIN  dan guru sementara sahaja. Guru sementara tapi dalam masa yang sama saya terpaksa mengajar Geografi untuk Tingkatan 1-3. Pada mulanya ingatkan sementara rupa2nya setelah diberitahu oleh MR.LINGES(tertekan caps lock lagi) saya dikehendaki mengajar sampai habis pakej SHP ini. Maknanya saya kena mengajar 1bulan subjek geografi ni.
Dengan ilmu yang serba kekurangan (maklumlah dah 6 tahun tinggalkan subjek ni) saya mengulang kaji pelajaran setiap kali masuk kelas. Bagi saya tak ada masalah untuk mengajar mereka kerana saya memang berminat dengan subjek ini.

 Student Form 2

Tapi dalam masa yang sama jugak saya terpaksa mengajar budak-budak darjah 2 dan darjah 3 dalam subjek Bahasa Melayu.

 Student Std.2

 Student Std.3



Pape pun saya cukup gembira dapat memberikan sedikit ilmu kepada mereka. Walaupun tidak banyak ilmu yang saya curahkan tetapi ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka menambah ilmu pengetahuan mereka. Bagi saya, tugas mengajar ini sesuatu tugas yang mulia. Kini selepas sebulan saya menggalas tugas sebagai guru sementara, baru saya sedar betapa beratnya tugas seorang guru mendidik anak bangsa hingga berjaya.

Saya tidak berminat untuk menceritakan pengalaman saya dari A-Z cuma saya sekadar ingin berkongsi detik-detik best sepanjang kami (saya dan izzie) handle program SHP di KCM ini. SHP bukan lah kelas sepanjang masa tetapi ia diselitkan dengan program2 aktiviti untuk student2 especially untuk Primary School. Dan sepanjang SHP ini, saya dan izzie berjaya menguruskan 4 aktiviti termasuk 1 majlis Birthday Party. Aktiviti2 ini kami lakukan setiap minggu maknanya mereka belajar seperti biasa(isnin-khamis) tetapi kami akan ambil 1 hari untuk lakukan aktiviti. Kiranya mereka tidak terlalu bosan dan tension dengan pelajaran mereka.

Aktiviti ini adalah perancangan kami dan kami buat atas kehendak pihak pengurusan KCM. Jadi saya ambil keputusan untuk melakukan aktiviti pada minggu pertama iaitu Treasure Hunt. Game ini(maaf..gambar tidak diambil ketika itu)  memang memberi respon positif (kecuali sorang student) daripada semua student yang terlibat. Saya dan Izzie sangat berpuas hati dan segala perancangan kami alhamdulillah berjaya. =)

Minggu kedua kami terpaksa tangguh aktiviti kami kerana terdapat cuti dalam minggu tersebut tetapi student2 kat sana tidak kecewa kerana seorang student KCM iaitu Qamarina buat suprise birthday party. Yang menariknya Qamarina dan student2 lain tidak tahu menahu tentang birthday dia. Atas kehendak parents nya saya dan izzie berpakat seolah2 tidak ada apa2 berlaku pada hari kejadian sehinggalah A&W (sponsor birthday) datang dengan mascot sekali. Mereka datang tepat2 masa student nak balik pukul 11.30 pagi. So, mereka semua terkejut dan Qamarina tidak semena2 sangka yang A&W tu datang atas permintaan daripada parents dia untuk buat suprise di KCM (naik nama KCM melawati).





Seterusnya pada minggu ke-3 dan minggu ke-4 kami organize sukaneka untuk student2 std.4,5&6. Kebanyakan permainan sukaneka ini tidaklah terlalu berat tetapi ia sedikit sebanyak memberi kepuasan kepada mereka sepanjang pakej SHP ini. Happy melihat mereka bermain sambil belajar kerana mood mereka terhadap tusyen berubah dari tak suka kepada suka (suka hati je aku ni..tah2 budak tak suke kot..huahua). Ini semua gambar2 kenangan aktiviti2 mereka sepanjang kami organize SHP di KCM Melawati.

 Penerangan kepada peserta

Aktiviti  Kapal pecah

Aktiviti  Pass Mengunakan Straw
Program hari terakhir 23hb Disember 2010, saya ditugaskan bersama2 kak Norin, En. Azmi dan Pn.Latha untuk organize aktiviti terakhir bagi menutup tirai SHP 2010. Izzie tak dapat hadir pada waktu itu kerana dia  pergi bercuti pulang ke Kedah di kampung. Jadi dengan kekuatan yang ada kami handle aktiviti yang terakhir iaitu Cari Gula dalam Tepung, Makan Buah Pair dan Bina Menara dengan Menggunakan Straw.
 Cari Gula Dalam Tepung

 Cari2 sampai makan tepung tu..hahaha

 Beri arahan
 Aktiviti Makan Buah Pair

 Makan jangan tak makan!!

 Sisa

 Aktiviti Bina Menara

 Berbincang

 Hasil(maaf satu lagi menara tak sempat nak capture)
 Penutup Tirai SHP 2010
Akhir sekali, sepanjang khidmat saya di KCM Melawati saya dapat rasakan sesungguhnya pengorbanan seorang guru itu tidak ternilai apatah lagi pengorbanan seorang ibu dan ayah. Di sini juga saya ingin memohon ampun dan maaf (macam ucapan nak bersara plak) kepada semua staff2 KCM yang terlalu banyak membantu saya dan membimbing saya sepanjang program SHP 2010 kali ini. Tak lupa juga kepada izzie yang banyak membantu saya di KCM Melawati. Walaupun sebulan kita berkenalan tetapi kenangan bekerja bersama2 awak adalah kenangan yang terbest sebab kita sama2 mengutuk LINGES..ooppsss....haha... Begitu juga Kak Norin, walaupun kenal 4 hari, akak memang baik&sporting. Thanx banyak2 cz tolong saya masa aktiviti last day.

Neway, KCM Melawati meninggalkan banyak peristiwa terhadap diri saya. Kisah bersama student2 KCM saya takkan lupa. Kepada student2 KCM kuatkan semangat anda memasuki alam persekolahan tahun hadapan dan saya doakan anda semua berjaya dalam hidup. Mungkin kita takkan jumpa pasni hope korang semua simpan memori kita sama2.

Keep in touch ya..=)

p/s: Untuk makluman semua KCM sebenarnya ada 17 cawangan dan salah satunya ialah di Taman Melawati, Gombak. Headquarters pula terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Comments

  1. pttnye awk ltak gmbr awk sblh pintu kcm y kak norin tgkp tu. smgt gila. ahahhaaha. nyway, slamat smbung study kmbali! :D

    ReplyDelete
  2. hahaa...tula psal...tp sy xde gmbar tu...n klu awk nk tau sy mmg xde lngsung gmbar2 sy mse kt kcm tau..i mean gmbar sy sorg2 la...cdeyh gler...hukhukhuk...
    neway sy akn rindu KCM pasni...huahua

    ReplyDelete

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-