Skip to main content

Pesta Buku Antarabangsa KL 2011

Seharian suntuk penulis menghabiskan masa bershopping di PWTC bersama emak dan adik-adik penulis. Penulis sempat jugak lah ambil 4-5 keping gambar buat tatapan teman-teman yang ziarah ke blog penulis ni. 


Booth Creative Enterprise


Sesi melukis wajah bersama pelukis kartunis Gila-Gila

Adik penulis yang tekun membaca Majalah Gila-Gila (walaupun atas lantai)


Kesimpulannya, penulis dapat katakan bahawa pesta buku kali ni meriah berbanding tahun lepas (padahal penulis tak pergi pun tahun lepas...hehe) dan suasana di sana agak sesak memandangkan pencinta-pencinta buku a.k.a ulat buku memang berkerumun di situ (lebih kurang macam PC Fair la jugak). Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin datang ke sana dinasihatkan naik LRT atau Komuter sebab jalan kat sana agak jem especially depan The Mall. Kalau sesiapa yang tak dapat pergi esok jangan risau sebab pameran ni baru je start semalam dan akan berlangsung sehingga 1hb Mei 2011.Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membeli sebanyak mungkin buku-buku kerana penulis sendiri terkejut dengan harga jualan buku yang sangat murah iaitu RM 1 satu buku.

Comments