Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Pemilik Apple, Steves Jobs Letak Jawatan

Pemilik syarikat terkemuka dunia Apple Inc, Steves Jobs telah melepaskan jawatanya sebagai CEO syarikat yang sangat berjaya itu. Katanya sebelum ini dia mempunyai penyakit yang memudharatkan dan boleh meragut nyawanya. Jom kita baca berita sepenuhnya.

Senarai Top Blog Melayu edisi Ogos 2011 | Top 500 Alexa Malaysia

Baru-baru ni Alexa Malaysia mengeluarkan ranking blog-blog di Malaysia sepanjang bulan Ogos ini.  Buat pengetahuan semua, blog yang tersenarai di dalam ranking top 50 ini merupakan blog yang famous dan paling ramai orang kunjung. 

Malaysia kekal ranking ke-12

MISI skuad negara pada Universiade gagal, namun mereka berjaya mengekalkan kedudukan di ranking ke-12, sekali gus layak secara autoamtik ke Piala Universiti Dunia tahun depan. SHENZHEN - Tidak ada berita gembira yang dapat dijelmakan skuad bola sepak negara selepas dibelasah 0-5 oleh Republik Czech pada aksi penentuan tempat ke-11 dan ke-12 di Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011. Selain gagal mara ke suku akhir, skuad bimbingan Aminuddin Hussin itu juga tidak terdaya untuk memperbaiki ranking  seperti mana yang disasarkan pada temasya edisi ke-26 ini.

Sri Pentas Bergegar: Editor Kanan TV3 Disiasat Bersabit Dakwaan Gangguan Seksual

Seorang editor kanan TV3 yang dilantik dengan persetujuan Pejabat Perdana Menteri kini dalam siasatan syarikat itu atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap empat wartawan termasuk seorang pembaca berita.  

Gempar: Benji curi seluar dalam wanita

PRAGUE, Republik Czech - Seekor kanggaru yang terlepas daripada jagaan seorang pemiliknya ditangkap kerana mencuri beberapa helai seluar dalam wanita di ampaian di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Haiwan jantan itu yang diberi nama Benji dan berusia dua tahun ditangkap polis selepas seorang wanita melihat ke arah tingkap dan mendapati ia mencuri seluar dalam miliknya yang disidai.

Mengapa di bawah Masjidil Aqsa digali Yahudi?

Penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa sedang dijalankan Luangkanlah masa untuk membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang. Anda mestilah benar-benar mengetahui apa yang berlaku di Palestin pada hari ini.  Ketahuilah apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan kenapa. Pertama. Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.

LAWAK!! BERITA BENAR VS BERITA GORENG

Situasi sebenar:Seorang nenek pegi kedai beli ubi,tiba2 dilanggar beca lalu mati di tmpt kejadian. BULETIN UTAMA:"Nenek meninggal dunia,pemandu beca dicari." HARIAN METRO:"Hangat! nenek mati dgn ubi di tgn." UTUSAN MALAYSIA:"Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?" HARAKAH:" Kami tiada beca." MALAYSIAKINI:"Beca langgar lari bukti kerajaan mkn rasuah." OBEFIEND:"Nenek meleis mati. Aku suka vodka. TWITTER@NAJIBRAZAK:"Nenek sanggup mati kerana ubi,menunjukkan ubi 1 Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!." BLOG MELAYU PARANOID:"Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar." IBRAHIM ALI:"Sampai bila kita nak tgk nenek2 Melayu mati dilanggar beca akibat ubi org Cina dan India?Melayu perlu bgn menentang." PANCAINDERA:"Kisah nenek di langgar beca diabadikan dlm filem terbaru David Teo, Beca Gangster." MASTIKA:"Misteri penarik beca;temubual ek

Panas!!: David Villa Hina Islam! – Mesut Ozil

Pemain sensasi Barcelona iaitu David Villa mungkin mencetuskan kemarahan umat islam apabila dia menghina agama islam semasa perlawanan antara Barcelona vs Real Madrid yang dimenangi oleh Barca dengan keputusan 3-2. Pertengkaran antara Mesut Ozil dengan Villa bermula apabila pemain Real, Marcelo membuat terjahan keras kepada pemain Barca iaitu Fabregas. Selepas itu, kesemua pemain campur tangan sehingga Villa mengeluarkan kata-kata yang menghina agama Islam. Ozil yang berang tindakan Villa itu terus bertengkar dengan Villa.

Merdeka: Sudut pandang anak muda

Nun di hadapan berdiri tegak tubuh-tubuh menongkah langit dengan keris yang menjulang. Hari itu menjadi saksi sejarah perjuangan, hadiah tidak ternilai kepada sebuah pengorbanan.  Bergembiralah Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan Datuk Maharajalela. Bergembiralah Burhanuddin Al-Helmy, Abu Bakar Al-Bakir dan Onn Jaafar. Bergembiralah segenap baka yang mewarnai perjuangan itu, rebah segala resah tatkala bergema kalimah Merdeka! Namun hari ini segalanya termaktub di dalam lembaran, hikayat dan sejarah. Bait-bait yang membentuk ceritera-ceritera perjuangan kemerdekaan berseni sebagai tinggalan usang.  Cakerawala sangat gundah semakin dingin dibawa arus kemajuan. Lantas pesta 31 Ogos seakan-akan jasad kosong yang tidak berjiwa dek kerana bayang-bayang hitam yang membenam dan membunuh roh 1957. Anak kecil terbiar di jalanan. Pemuda, pemudi bermain dengan maruah seakan-akan mainan. Fitnah mencaci, fitnah menganiaya menjadi rutin kehidupan. Inilah fantasi rekaan barat y

Rusuhan di UK dan perhimpunan aman BERSIH

Menyamakan rusuhan di United Kingdom baru-baru ini dengan perhimpunan aman Bersih 2.0 merupakan satu tindakan yang amat dangkal dan menyimpang dari konsep sebenar demokrasi.

SIAPAKAH YUSUF TAIYOOB?

Tiap hari kita dengar iklan di Televisyen mahupun di corong-corong radio, nama Yusof Taiyob bukan lagi asing malah boleh dikatakan Yusof Taiyob merupakan individu paling famous dengan penghasilan jualan buah tamarnya yang sangat popular di Malaysia ini. Kali ini HK berminat untuk kenalkan anda semua siapakah gerangan individu yang bernama Yusof Taiyob ini.

Ezam Sesumpah Yang Akan Membakar Atau Beliau Yang Bakal Terbakar?

HEBAT!! Ezam sesumpah berubah watak pula sekarang iaitu dari seorang yang dulunya banyak bercakap tentang rasuah, kemudiannya tidak lekang dari mulut beliau bercakap tentang keburukan DS Anwar kini beralih arah pula ke arah isu kononnya memerangi murtad. Ezam sesumpah mungkin terlupa jika beliau ingin memerangi rasuah atau murtad bukan Umno menjadi landasan politik beliau. 

Asri: Muslim Pulau Pinang patut sokong fatwa larang guna pembesar

KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyokong keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat. Asri juga berkata, mematuhi keputusan dikeluarkan Jabatan Mufti Pulau Pinang tidak harus dianggap sebagai isu poliitk semata-mata.

Kekuatan Militari Malaysia vs Singapura

"  Masing-masing mempunyai kekurangan dan kelebihan. Sebagai contoh, Malaysia agak ketingalan dalam pemilikan kenderaan tempur di darat dan udara dan laut. Tidak dinafikan kita mempunyai anggota yang jauh lebih ramai berbanding Singapura. Tetapi adakah dengan bilangan anggota yang ramai mampu menandingi peralatan canggih negara kecil ini?

Video sembang rakyat : Siapakah mereka???

Baru baru ini  satu klip video di youtube  dilaporkan  mengatakan DAP sebagai berkomplot dengan tauke tauke bagi menaikkan harga barang   supaya rakyat marah kepada kerajaan BN dan seterusnya menjatuhkan BN pada PRU13 nanti. Video ini telah diuploadkan oleh seorang yang bergelar  Kawasaki9722 . Kualiti video tersebut adalah amat berkualiti dan seperti dihasilkan oleh mereka yang professional dibidang perfileman (tetapi kandungan video amat tidak berkualiti) yang dipercayai dirakam dengan peralatan set pengambaran professional untuk drama TV atau filem.

Artikel penuh luahan kemarahan Makcik Hajjah Sitt al-Wuzara

Berikut adalah kenyataan penuh Makcik Hajjah Sitt al-Wuzara yang meluahkan kemarahan melalui blog nya semalam: Jaga kau babi setan Gaysec. Ini penerangan yang terakhir dari makcik tentang hal ini.  Lepas ni makcik tak akan layan bende merepek ni dan blog makcik akan terus mengganas lagi dan SKMM tidak akan menghentikan makcik!! Aktiviti makcik di internet tidak pernah mengancam keselamatan dan tidak pernah mengganggu kedamaian mana-mana pihak. [1] Makcik hanya  bersuara dan ini hak asasi kemanusiaan makcik untuk kata apa yang makcik suka.  [2]

Gambar dan Identiti MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara Akhirnya Terbongkar!!

Panas! Masih ingat dengan blog kontroversi yang menghina Islam beberapa bulan lepas? Yaa..   Blog MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara . Kata-kata serta gambar-gambar dalam blog makcik jahanam tu sangat menyentuh sensitiviti umat Islam. Ketika itu, pasti ramai yang sangat berharap ingin melihat wajah dan identiti sebenar pemilik blog jahanam tersebut.

Samad: Tanpa alternatif, media perdana jadi 'gangster'

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyeru orang ramai membaca dan menyokong media alternatif bagi mendapatkan  laporan berimbang bagi "menentukan sikap" sendiri. "Tanpa media alternatif, media harus perdana akan jadi gangster (samseng)," kata sasterawan pelbagai genre itu. "Dalam media arus perdana yang ada hanya hitam dan putih sahaja. Semuanya parti pemerintah betul dan pembangkang mesti salah."

ISU SERANG GEREJA: TANYA DIRI KITA DULU

Saya belum ingin mengulas tentang “serangan” atau serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan “serangan” itu. Cumanya, seperti mana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.

Gambar Dahlia Teck bersama Khairul Fahmi Che Mat?

Inilah gambar wanita bernama Dahlia Teck yang disebut sebut mempunyai hubungan mesra dengan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat. Dahlia Teck dikatakan menyebabkan Khairul atau KFCM sekarang berubah dan membuatkan hubungan Khairul dengan tunangnya Elia (Jejariruncing) renggang dan bermasalah. Gambar Dahlia Teck yang dikatakan ada hubungan dengan KFCM Muncul  FACEBOOK Kami Benci Si Mulut Puaka Kakak kpd Elia Jejariruncing Artikel :  Dahlia Teck model dari Kelate (KFCM dah OK dengan tunang) Gambar Khairul Fahmi kepenatan semalam selepas Malaysia kalah pada Singapore

‘MR BEAN’ NYARIS TERBUNUH

Pelawak Rowan Atkinson nyaris maut semalam selepas dia merempuh keretanya yang bernilai £650,000 (RM3.19 juta).Pelakon bintang Mr. Bean (gambar) dan Blackadder, 56, berada dalam kereta McLaren F1 – satu daripada hanya 100 di dunia – apabila ia berpusing tiga kali, rempuh pokok dan tanda laluan.

(Gambar) Kuala Lumpur Lama-Menyingkap Nostalgia

Sekarang Kuala Lumpur merupakan ibukota Malaysia. Kalau nak disingkap & semak semula gambar-gambar  Kuala Lumpur lama   dan dulu-dulu memang kita boleh dapat lihat banyak perubahan yang telah berlaku. Semestinya, Kuala Lumpur banyak menyimpan sejarah dan nostalgia yang tersendiri.

Kajian Dapati Pengguna Internet Explorer Miliki IQ Yang Rendah

N ew York, Amerika Syarikat (AS) - Satu kajian baharu mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar semalam.

Selepas isu 8TV, TV9 Pula Paparkan Iklan Menghina Ibadah Sahur

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) sangat berasa kesal kerana mutakhir ini   banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri   dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam agama Islam.

Pengasas Facebook Mark Zuckerberg Istihar Status Hubungan Secara Rasmi

Sebagai pengasas Facebook, anda sepatutnya tahu bagaimana untuk mengemas kini status hubungan anda. Namun selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan   dengan   Priscilla Chan, Mark Zuckerberg akhirnya mengumumkan status perhubungan mereka. Jejaka berusia 26 tahun telah mengemas kini statusnya kepada 'in relationship' untuk mengumukann dirinya sudah berpunya.

Senarai Bazaar Ramadhan 2011 sekitar Lembah Klang

Selalunya kemeriahan bazaar ramadhan sudah terasa sejak hari pertama lagi,kita dijamukan dengan pelbagai juadah yang enak dan juga juadah yang jarang kita temui pada bulan biasa. Berikut adalah Senarai Bazaar Ramadhan 2011 sekitar Lembah Klang untuk kemudahan anda semua untuk membuat persiapan untuk berbuka puasa. 

Mudahnya Menjadi Warganegara Malaysia

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) wajib dipersoalkan bagaimana mudahnya menjadi warganegara Malaysia pada waktu ini. Malaysiakini mengeluarkan berita “PR Didaftar Sebagai Pengundi” pada jam 1.06 petang, 2hb Ogos 2011.

Najib Enggan Jawab Sama Ada Melayu Dulu

KUALA LUMPUR, Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak enggan menyatakan pendiriannya sama ada beliau Melayu ataupun Malaysia dulu. Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak akan menjawab soalan itu kerana akan menyebabkan berlaku pertentangan pendapat di antaranya dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Panas!!:10 Jawapan Khairul Fahmi Mengenai Keputusan Putus Tunang Dengan Elia

Selepas kita mendengar jawapan daripada  Elia  yang menyatakan tidak tahu menahu perihal  putus tunang  isu terus berbangkit kerana  Apek  telah menjawab 10 soalan daripada  Murai.com  secara jujur dan penuh keyakinan, sekali lagi siapa yang betul sebenarnya ini? Diharap mereka boleh menyelesaikan masalah ini secara aman. Jom baca 10 jawapan hari ini dari  Apek @ Khairul Fahmi Che Mat :

Iklan Ramadhan cetus kontroversi

JIKA diimbas kembali kepada tahun-tahun yang sudah, pasti ada sahaja iklan-iklan yang  dikritik hebat  kerana terdapat  unsur-unsur yang tidak disenangi  oleh sebilangan masyarakat di negara ini. Kali ini giliran Channel 8TV mendapat kritikan hebat berhubung sebuah iklan Ramadhan yang disiarkan di stesen televisyen tersebut. Difahamkan, iklan ini menggambarkan seolah-olah orang bukan Islam di negara ini  tidak pandai menghormati  bulan Ramadhan.

PLKN 2012 : Semakan nama terpilih sertai PLKN 2012

PLKN 2012 Semak Nama Anda. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kepada remaja-remaja di luar sana, yang lahir pada tahun 1994 sila buat semakan nama untuk  Program PLKN 2012 .  Semakan PLKN  boleh dibuat pada 12/10/2011  untuk mengetahui sama ada mereka terpilih untuk mengikuti  Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)  bagi sesi 2012.

Mahasiswa gerak kempen Jom Baca Media Alternatif

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang terdiri daripada beberapa gabungan mahasiswa akan melancarkan kempen Jom Baca Media Alternatif hujung minggu ini. Menurut Sekretariat Media SMM Ahmad Shukri Kamarudin, kempen itu diadakan agar rakyat menyedari kewujudan media-media alternatif seterusnya menjadikan ia sebagai akses utama mendapat maklumat.

HARIAN MALAYSIA MULA TERBIT HARI INI

Akhbar online  Harian Malaysia  diterajui bekas wartawan kanan Kumpulan Utusan, Mohd Hata Wahari, yang dipecat kerana mengkritik syarikat milik Umno itu, akan muncul secara rasmi esok (hari ini).  Hata berkata, akhbar elektronik dengan slogan “Beretika dan Bertanggungjawab” akan memberi fokus kepada permasalahan rakyat selain membongkarkan setiap isu yang dialami.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2011 | Kuala Lumpur & Putrajaya

Setahun sudah berlalu, kini ia kembali. Bulan ramadhan yang penuh istimewa dan penuh berkat kembali menziarahi kita. Sebagai umat islam yang dahagakan pahala dan keberkatan dari Allah s.w.t, ini lah masa yang ditunggu-tunggu untuk melipat gandakan amalan kebajikan serta amal ibadat kita.  Di sini HK ingin berkongsi sedikit info tentang waktu berbuka puasa dan waktu imsak bagi kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Klik untuk besarkan imej.