Skip to main content

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2011 | Kuala Lumpur & Putrajaya

Setahun sudah berlalu, kini ia kembali. Bulan ramadhan yang penuh istimewa dan penuh berkat kembali menziarahi kita.


Sebagai umat islam yang dahagakan pahala dan keberkatan dari Allah s.w.t, ini lah masa yang ditunggu-tunggu untuk melipat gandakan amalan kebajikan serta amal ibadat kita. 


Di sini HK ingin berkongsi sedikit info tentang waktu berbuka puasa dan waktu imsak bagi kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Klik untuk besarkan imej.



Waktu berbuka puasa bagi kawasan-kawasan di tempat lain boleh rujuk di bawah ini.


NegeriZon
Wilayah PersekutuanKuala Lumpur dan Putrajaya
Labuan
SelangorZon 1 – Daerah Gombak, Petaling / Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang
Zon 2 – Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam
MelakaSeluruh Melaka
JohorZon 1 – Pulau Aur dan Pulau Pemanggil
Zon 2 – Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing dan pulau-pulau berdekatan
Zon 3 – Daerah Pontian dan Kluang
Zon 4 – Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor
PerakZon 1 – Tapah, Slim River dan Tanjung Malim
Zon 2 – Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar
Zon 3 – Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong
Zon 4 – Temenggor dan Belum
Zon 5 – Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor
Zon 6 – Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar
Zon 7 – Bukit Larut
SarawakZon 1 – Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas
Zon 2 – Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi
Zon 3 – Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu
Zon 4 – Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit dan Song
Zon 5 – Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rejang
Zon 6 – Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu,Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Lebak.
Zon 7 – Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam
Zon 8 – Kuching, Lundu, Bau dan Semantan
SabahZon 1 – Bahagian Sandakan (timur), Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam
Zon 2 – Bahagian Sandakan (barat), Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah
Zon 3 – Bahagian Tawau (timur), Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Lahad Datu dan Kunak
Zon 4 – Bahagian Tawau (barat), Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan
Zon 5 – Bahagian Kudat, Pulau Bangi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Kudat
Zon 6 – Gunung Kinabalu (ketinggian 4,101 meter)
Zon 7 – Bahagian Pantai Barat, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar
Zon 8 – Bahagian Pedalaman (atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau
Zon 9 – Bahagian Pedalaman (bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang
TerengganuZon 1 – Kuala Terengganu dan Marang
Zon 2 – Besut dan Setiu
Zon 3 – Hulu Terengganu
Zon 4 – Kemaman dan Dungun
KelantanZon 1 – Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Daerah Ciku (Jajahan Gua Musang)
Zon 2 – Jajahan Jeli dan Gua Musang termasuk daerah Galas dan Bertam
PahangZon 1 – Pulau Tioman
Zon 2 – Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah
Zon 3 – Temerloh, Chenor, Maran, Jerantut dan Bera
Zon 4 – Raub, Bentong dan Lipis
Zon 5 – Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi
Zon 6 – Cameron Highlands, Bukit Fraser, Genting Highlands
PerlisSeluruh Perlis
Negeri SembilanZon 1 – Jempol dan Tampin
Zon 2 – Seremban, Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah, Jelebu
KedahZon 1 – Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena
Zon 2 – Daerah Pendang, Kuala Muda dan Yan
Zon 3 – Daerah Padang Terap, Sik dan Baling
Zon 4 – Daerah Kulim dan Bandar Baharu
Zon 5 – Daerah Langkawi
Zon 6 – Puncak Gunung Jerai
Pulau PinangSeluruh Pulau Pinang
Sumber: JAKIM

Di kesempatan ini juga HK ingin mengucapkan selamat menjalani Ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. 

Insyaallah kita berusaha memperbanyakkan amal ibadah sepanjang bulan ini kerana ia hanya datang sekali setahun dan mungkin ini Ramadhan yang terakhir buat kita. 

HK juga ingin meminta maaf kepada rakan-rakan ataupun pengunjung yang berkunjung ke blog HK sekiranya terdapat kekasaran bahasa yang boleh mengguriskan hati dan perasaan saudara dan saudari semua. 

Tugas HK hanyalah sekadar menyampaikan maklumat, berita dan informasi. Jikalau terdapat kesilapan dan kekhilafan sudikanlah menegur diri ini tambahan di bulan puasa yang akan menjelma esok.

p/s: Moga Ramadhan kali ini memberikan penuh keinsafan dan makna. Teringat lagu manbai dan raihan Harapan Ramadhan.

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna

Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Comments