Skip to main content

Malaysia kekal ranking ke-12



MISI skuad negara pada Universiade gagal, namun mereka berjaya mengekalkan kedudukan di ranking ke-12, sekali gus layak secara autoamtik ke Piala Universiti Dunia tahun depan.
SHENZHEN - Tidak ada berita gembira yang dapat dijelmakan skuad bola sepak negara selepas dibelasah 0-5 oleh Republik Czech pada aksi penentuan tempat ke-11 dan ke-12 di Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011.

Selain gagal mara ke suku akhir, skuad bimbingan Aminuddin Hussin itu juga tidak terdaya untuk memperbaikiranking seperti mana yang disasarkan pada temasya edisi ke-26 ini.


Bagaimanapun, Malaysia masih boleh 'tidur lena' selepas dapat mengekalkan ranking No. 12 seperti mana yang dilakukan pada penampilan di Bangkok, Thailand empat tahun lalu.

Pada aksi Stadium Pusat Sukan Bao'an Xixiang, Shenzhen petang semalam, Republik Czech menampilkan corak permainan yang lebih agresif dengan melancarkan serangan bertali arus sejak dari minit pertama permainan.

Skuad bimbingan Antonin Plachy itu memperoleh beberapa peluang terbaik untuk membuka jaringan tetapi dinafikan penjaga gol Malaysia, Muhamad Nor Haziq Mohd Aris dan pemain pertahanan yang diketuai Amirizwan Taj Tajudin.

Bagaimanapun, kekebalan benteng pertahanan skuad negara akhirnya roboh menerusi jaringan Michal Rendla pada minit ke-20.

Pemain pertahanan tersebut bijak menyumbat masuk gol pertama pasukan itu selepas berlaku kekalutan di depan pintu gol Malaysia ekoran satu sepakan percuma.

Pujian juga harus diberikan kepada rangkaian penyerang Malaysia yang tidak berputus asa untuk mencari gol penyamaan menerusi gerakan balas yang pantas.

Peluang terbaik Malaysia diperoleh pada minit ke-31 dan ke-34 tetapi percubaan Muhamad Nursalam Zainal Abidin, kapten K. Reuben, Khairul Naim Mahyuddin dan Muhammad Aizat Jaini berjaya dipatahkan pihak lawan.

Namun gawang Malaysia bolos lagi pada minit ke-42 selepas Jiri Schubert mudah menyumbat masuk satu hantaran lintang rakan sepasukan.

Republik Czech tidak menunggu lama untuk menambah gol ketiga apabila pemain gantian, Zdenek Volek mudah menyepak masuk bola pada juga hasil satu hantaran lintang pada minit ketiga babak kedua.

Nursalam hampir memberikan gol sagu hati Malasyia tetapi sepakan percuma yang diambil pada minit ke-72 terus ke dakapan penjaga gol Republik Czech, Radim Mokrohajsky.

Lapan minit sebelum perlawanan tamat, Republik Czech memperoleh satu lagi gol untuk menjadikan kedudukan 4-0 menerusi penyerang, Michal Blazej sebelum Zdenek menambah gol kelima pada masa kece- deraan babak kedua.

Selepas tewas kesemua tiga perlawanan di peringkat kumpulan, Malaysia berpeluang untuk memperbai- kiranking apabila menewaskan Thailand 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti.

Begitupun, skuad negara mempersia-siakan peluang terbaik untuk melakar rekod baru pada temasya ini selepas tewas 1-5 kepada Kanada pada penentuan tempat kesembilan hingga ke-12 di Stadium Sekolah Sukan Shenzhen.

Sumber: KOSMO

Comments