Skip to main content

Azerbaijan bakal saingi Dubai

BAKU - Azerbaijan mengumumkan rancangan negara itu untuk membina bangunan pencakar langit serta hotel unik dalam usaha merampas takhta Dubai sebagai gergasi seni bina dunia moden.

Dengan kekayaan sumber asli negara yang melimpah ruah, ibu negara Baku yang dahulunya dikenali sebagai Bandar Hitam kerana pencemaran minyak mula menjalankan program mengubah persekitaran bandar itu dengan membina pelbagai bangunan baru termasuk menggantikan rumah era Soviet.

Kini, bandar utama itu dipenuhi pelbagai bangunan moden yang unik termasuk Menara TV serta Menara Api yang hampir siap dibina.

Dan tarikan terbaru di negara bekas Soviet itu tentunya Hotel Bulan Sabit, iaitu infrastuktur setinggi 33 tingkat yang akan dibina di tebing Laut Caspian serta dijangka menarik perhatian ramai pelabur luar ke negara dengan penduduk majoriti beragama Islam itu.-Sinar Harian

Comments