Skip to main content

David Teo Dapat Mejar Kehormat RELA

David Teo Dapat Mejar Kehormat RELA
KUALA LUMPUR – Penerbit filem, David Teo merupakan penerbit pertama yang akan dianugerahkan pangkat Mejar Kehormat dalam Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) pada suatu majlis di Setapak di sini pagi esok.
Penerbit syarikat produksi MIG Production itu antara lain dikatakan mendapat anugerah tersebut kerana inisiatifnya menerbitkan filem berjudul Senario Ops Pocot yang mengisahkan tentang perjuangan anggota RELA.
“Senario Ops Pocot adalah filem yang 100 peratus berkisar tentang tugas-tugas anggota RELA. Ini adalah filem pertama yang mengangkat pasukan RELA dalam filem,” ujar David sewaktu pratonton filem itu beberapa bulan lalu.
Ekoran sumbangan David yang mempopularkan pasukan RELA itu, suatu majlis penyampaian anugerah itu akan diadakan di Kem Wadieburn, Setapak anjuran Angkatan Sukarela Persekutuan Panglima 12 Bridged kem itu 8 pagi esok.
Jelas penerbit yang berasal dari Segamat, Johor itu lagi, dia berasa berbesar hati mengangkat jasa RELA menerusi filem kerana mendapati tidak banyak pihak yang menghargai sumbangan pasukan itu dalam menjaga keamanan negara.
“Selama ini orang pandang anggota keselamatan seperti polis dan tentera sahaja sedangkan RELA juga banyak membantu menjaga keselamatan negara. Apatah lagi, kisah polis dan askar sudah banyak kali disiarkan dalam filem,” katanya. – mynewshub.my

Comments