Skip to main content

Pemimpin Korea Utara Kim Jong-il meninggal dunia

SEOUL, 19 Dis — Pemimpin Korea Utara Kim Jong-il meninggal dunia kelmarin ketika dalam perjalanan kereta api, lapor stesen kerajaan hari ini.
Staf stesen itu yang mengumumkan perkara itu berkata, pemimpin berusia 69 tahun berkenaan mati kerana faktor fizikal dan mental akibat ‘lebih kerja’ dan sedang dalam perjalanan ke ‘lapangan panduan’.
Beliau mengalami strok pada 2008 tetapi kelihatan sudah pulih.
Negara yang reklusif itu sudah memulakan proses peralihan kuasa kepada anaknya Kim Jong-un, yang dipercayai lewat 20-an.
MENYUSUL LAGI

Comments