Skip to main content

Pilihan Raya Kampus : Pro-Mahasiswa Bidas Sikap HEP

Kuala Lumpur, 3 Mac : Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq Abdul hari ini membidas sikap sebahagian Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di universiti yang dilihat ‘lari’ dari tanggungjawab asal mereka.
“Menjelangnya pilihan raya kampus yang kian hampir dengan mahasiswa, saya kesal selepas mendapat beberapa maklumat mengenai sikap dan pendirian pihak pentadbiran universiti.
“Mereka dikhabarkan lebih gemar bekerja keras, bertungkus lumus membuat persiapan bantu memenangkan kumpulan mahasiswa Aspirasi berbanding fokus dan tanggungjawab lain yang wajib ditunaikan.
“Sepatutnya HEP lebih tekankan bagaimana nak sedarkan mahasiswa jalankan tanggungjawab mengundi dan memilih pemimpin yang mereka ingini.
“Yang terbaru, saya dapat berita tahap kesedaran berpolitik di kampus UTP (Universiti Teknologi Petronas) yang amatlah rendah dan mengecewakan.
Baru-baru ini, Universiti Teknologi Petronas telah menjalankan pemilihan MPP sesi baru dan diberitakan jumlah mahasiswa turun mengundi tidak sampai 30 peratus daripada keseluruhan yang layak mengundi.
“Ianya tidak sepatutnya berlaku dan saya sendiri mengharapkan kesedaran mahasiswa di IPTA lain lebih tinggi dan bukan sahaja turun mengundi malah membuat penilaian terbaik.
Makna tersirat kebebasan berpolitik mahasiswa
Dalam kenyataannya lagi, Mohd Taufiq yang juga Pengerusi Pro-M Universiti Malaya juga ‘hairan’ dengan kenyataan TNC HEPA UM, Prof Datuk Dr Rohana Yusof ketika mengadakan taklimat bersama mahasiswa minggu lalu.
“Datuk menyatakan HEP bersetuju menurunkan pointer kelayakan bertanding atas dasar ingin memberi peluang kepada mahasiswa bebas berpolitik.
“Saya tidak ingin respon tentang isu penurunan pointer tetapi yang saya hairan, mengapa disempitkan pemikiran hanya bebas berpolitik kepada pihak tertentu sahaja.
“Sedangkan bilamana pihak Pro-Mahasiswa aktif di kampus, sekatan demi sekatan dilakukan, edaran risalah tidak dibenarkan, pintu pagar dikawal ketat sehingga sanggup buat ‘announce’ di kolej beritahu ada penceroboh.
“Inikah kebebasan berpolitik di kampus yang dimaksudkan?”, soalnya tegas. –GZDaily

Comments