Skip to main content

[Eksklusif] Debat PTPTN: Khairy - Rafizi, 3 Mei 8 malam

SHAH ALAM - Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli, 3 Mei ini, akan berlangsung di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, di sini.

Bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi, debat, yang anjuran Sinar Harian, akan bermula jam 8 malam.

Masuk adalah percuma.

Mereka yang berminat boleh menghubungi nombor telefon 019-3310211 (Laila), 019-2808492 (Fazli) atau 019-3371066 (Rini).

Rafizi mempelawa Khairy berdebat dengan beliau mengenai isu PTPTN, yang menjadi isu hangat sejak awal  bulan lalu, pada 13 April lalu.

Tengah hari tadi, Khairy, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen Rembau, menyahut pelawaan Rafizi untuk berdebat menyentuh isu PTPTN yang hangat dibincangkan sekarang.

Comments