WASHINGTON: Penyanyi Madonna berkata dia boleh menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baik dengan menghentikan pembaziran ke atas pembelian senjata api yang membawa kepada kemusnahan sejagat.
“Anda tidak boleh mengubah banyak perkara dalam tempoh yang singkat. Saya rasa saya mahu menjadi seorang presiden bagi tempoh yang lama.
"Saya tidak akan membelanjakan wang untuk membeli senjata api tetapi menumpukan kepada pembangunan pendidikan dan kesenian,” katanya seperti dipetik laman webcontactmusic.com.
Penyanyi berusia 53 tahun itu berkata demikian bagi menjawab pertanyaan apa yang akan dilakukannya jika dia bergelar Presiden AS.
Bercerita mengenai kejayaannya sebagai penyanyi antarabangsa, Madonna berkata dia kekal bertahan sehingga hari ini kerana keghairahannya untuk melakukan perubahan dan tidak mengambil mudah setiap perkara yang dilakukan.
“Tidak mudah untuk mengekalkan populariti berbanding dengan mencari populariti. Saya tidak fikir ada sebarang peraturan untuk kekal berjaya. Anda perlu mencintai apa yang anda lakukan.
“Anda perlu mencerna idea-idea baru dan tidak boleh berhenti untuk berkembang sebagai manusia. Saya tidak ambil mudah apabila ia membabitkan soal kerja,” katanya lagi.
Comments
Post a Comment
Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-