Skip to main content

Blog Uncleseekers dah hilang!!


Mungkin yang ini yang dimahukan oleh polis. Bukan hendak menyiasat sama ada apa yang dikatakan oleh Uncleseekers itu betul atau tidak, tapi mahu mematikan blog milik Uncleseekers.
Cubaan untuk memasuki blog Uncleseekers sebentar tadi mendapati blog tersebut sudah tidak boleh diakses lagi.
Sementara itu, polis Johor pula membuat kenyataan bahawa Uncleseekers didapati  mengambil dadah jenis morfin.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin.
“Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” kata kenyataan jabatan itu.
Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.
Laporan dibuat dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Comments