Skip to main content

Tolong Baca : Rayuan Bantuan Pada Pembaca Dan Blogger Yang Prihatin




Assalamualaikum all,

Pada pembaca blog ciput yang tak seberapa ni, berikut ni adalah satu email yang wa terima dari seorang hamba Allah dan minta diperpanjangkan melalui blog wa dan sudilah kiranya member member yang mempunyai blog  turut sekadar menghebahkan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh seorang bapa.

Luorang yang rasa nak berikan sumbangan sila rujuk pada no. akaun yang diberikan kat bawah nanti, dan pada sesape yang nak bersikap skeptikal & prejudis .. silakan ..  tapi wa mohon jangan keluarkan apa apa komen yang boleh mengaibkan si perayu. TIADA APA APA PAKSAAN.

Memandangkan Ramadhan sudah semakin hampir, sayugialah sekiranya ada pihak yang dapat meringankan kesempitan dan turut bersimpati. InsyaAllah.

 “Orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana satu badan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain”       (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


===//===

KEPADA PIHAK YANG BERKENAAN.

MEMOHON BANTUAN  KEWANGAN .

Tuan,

Saya  MOHAMMAD SA’AD BIN ABIDIN No K/P 770818-02-5791 seperti alamat diatas ingin memohon bantuan keewangan  daripada pihak tuan bagi menampung perbelanjaan rawatan  anak saya.

K/Pengenalan Bapa


2. Buat pengetahuan pihak tuan, anak lelaki saya yang kedua iaitu  MUHAMMAD HAFUZA RAYYAN No My Kid 081205-02-0097 berumur  3 tahun 5 bulan dimasukkan ke hospital pada 5hb Februari  2012 setelah didapati kencing berdarah dan  telah disahkan mengidap penyakit kanser buah pinggang (Wilm’s Tumor ) peringkat III selepas keputusan  ujian biopsy  pada 16hb Februari 2012. 

Mykid Muhamad Hafuza Rayyan


Pembedahan telah dilakukan untuk membuang buah pinggang sebelah kanan yang rosak akibat kanser tersebut pada 23hb Februari 2012 setelah berlakunya pendarahan dalaman.  Buat masa sekarang saya perlu membawa anak saya untuk menjalani Chemotherapy  setiap kali mengikut jadual yang dikeluarkan Pakar kanser Hospital Besar Pulau Pinang dan dia juga kerap kali dimasukkan ke wad apabila keaadaannya tidak stabil selepas Chemotherapy di buat. Rawatan ini akan berterusan dan mengambil masa yang agak  panjang. 









3.  Saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana cuti bergaji saya dah pun habis untuk menemani anak saya di wad memandangkan ibunya perlu menjaga  dua orang anak lagi yang berusia 5 tahun dan satu tahun lebih. Saya yang bekerja kilang secara kontrak ini dan berpendapatan rendah buntu kerana tidak dapat menambah pendapatan dengan bekerja lebih masa lagi seperti sebelumnya kerana anak  sering kali demam dan kerap dimasukkan ke wad. 



Dengan penerangan diatas saya amatlah berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini dengan sewajarnya . Bersama ini saya sertakan dokumen pengenalan, surat pengesahan doktor  serta gambar anak saya sebagai rujukan.  Sekiranya pihak tuan sudi bolehlah menyalurkan bantuan ke akaun MAYBANK  152031508654 yang didaftarkan atas nama saya MOHAMMAD SA’AD BIN ABIDIN

Keperhatinan dan bantuan daripada tuan amatlah saya hargai dan saya dahulukan ucapan terima kasih.

Yang Benar,
Mohd Sa'ad
(MOHAMMAD SA’AD)

======//======

Nota : Terima Kasih kepada pengirim email (Mohd Fadzil) atas kepercayaan untuk menerbitkan dalam blog wa dan Alhamdulillah dapat wa laksanakan dengan segera.

Comments