Skip to main content

Pegawai Imigresen mohon maaf kepada pembantu Azmin Ali


MINGGU lalu pembantu khas Timbalan Presiden KEADILAN, Hilman Idham dihalang daripada memasuki Negeri Sabah apabila Ketua Menteri negeri itu, Musa Aman menganggap Sabah sebagai negeri bapak dia, rujuk sini [Pembantu khas Azmin].

Warga asing dibiarkan bersepah di Sabah, namun warganegara sendiri dihalang masuk ke Sabah. Hal ini juga rupa-rupa turut tidak disukai oleh para pegawai imegresen yang bertugas.

Malah salah seorang pegawai imegresen ketika kejadian itu turut mendedahkan bahawa tindakan ini adalah arahan pihak atasan yang "kecut" dengan kehadiran Hilman ke negeri Sabah.

Beliau turut memohon maaf dan mengaku tidak suka dengan kejadian yang berlaku itu. Di bawah ini permohonan maaf yang dihantar oleh beliau kepada Hilman melalui laman sosial Facebook.

 Hilman Idham dahulunya mahasiswa jurusan Sains Politik UKM yang aktif dalam bidang aktivisme dan politik nasional. Pernah menyandang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Sains Politik, Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan Ahli Majlis Tertinggi Solidariti Mahasiswa Malaysia.

Beliau merupakan salah seorang daripada 4 mahasiswa yang mencabar Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan menang kes tersebut yang terkenal dengan nama UKM4.

Beliau juga pernah bekerja di Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR-RI) sebagai Assistant Peribadi kepada Ketua Fraksi Partai Gerindra dan kini sebagai Pembantu Khas Timbalan Presiden KEADILAN, YB Mohamed Azmin Ali. 

Hilman mempunyai jaringan luar negara yang kuat memandangkan beliau terlibat dengan banyak program - program antarabangsa di Eropah dan negara - negara Asia. Maka tidak mustahil beliau ditakuti oleh BN termasuk Musa Aman di Sabah.

ReJaM© "Penjawat awam pun ada otak, mereka bukan orang bodoh! "

source: http://milosuam.blogspot.com/2012/09/pegawai-imigresen-mohon-maaf-kepada.html#ixzz26ujeQPDX

Comments