Skip to main content

TV3 Diserang Kerana Mazidul Biadap


Kerana biadapnya mulut mazidul kerana dengan sengaja dikatakan cuba menjatuhkan imej penunggang motosikal berkuasa tinggi, TV3 telah diserang oleh kira-kira 300 orang penunggang motosikal berkuasa besar.

Walaupun seri pentas dijaga rapi oleh sepasukan 30 orang anggota polis, tetapi  Kumpulan tersebut, terdiri daripada kelab Motor Corner dan ARC Selangor, berjaya menyerahkan memorandu mendesak  program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci.

Dan lebih dari itu mereka mendesak mazidul mulut longkang perasan baik memohon maaf secara terbuka kepada mereka.

Walaupun TV3 sebelum ini sudah mengeluarkan kenyataan, tetapi bagi mereka kenyataan tersebut tidak lengkap dan masih mengelirukAN,  mereka memberikan memberi masa dua minggu kepada Mazidul serta pihak program Majalah 3 untuk memohon maaf. 

akil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran berkata

"Pelbagai kelab yang mewakili bikers dari seluruh Malaysia hari ini datang untuk hantar memorandum bantahan kepada Majalah 3 yang menggelar bikers ini 'pelesit jalanan'.

"Kami mahu permohonan maaf secara khusus dari Majalah 3 dan Mazidul. Memang dah mohon maaf tapi kami nak permohonan maaf dengan ayat yang khusus secara terbuka terutama daripada Mazidul,


Sementara itu Mohd Asri Hamid yang turut mewakili kumpulan itu berkata gelaran pelesit jalanan merupakan satu gelaran yang tak sewajarnya diberikan.

Pelesit merupakan makhluk yang bersekongkol dengan syaitan dan gelaran itu seolah-olah mengatakan mereka "syaitan jalanan".

"Gelaran yang diberi Mazidul sebagai pelesit jalanan. Pelesit ini bersekongkol dengan syaitan, iblis. Kami rasa memanggil kami iblis, syaitan jalanan. Mohon tarik balik gelaran itu," katanya lagi.

Sementara itu, Mazidul dikatakan telah bercuti panjang sepanjang karier kewartawanan celuparnya, apakah bercutinya mazidul ada hubungan dengan apa yang didakwa penunggang motosikal kuasa tinggi sebagai pembohongan ini?, ramai yang percaya ia ada hubung kait, berdasarkan tempoh cuti yang sangat panjang ini.

Semoga wartawan mulut celupar ini terus hilang dari dunia kewartawanan, kerana itu mungkin lebih baik.

Comments