Skip to main content

[Edisi Pecah Berita] Jejambat Runtuh!! Koleksi 14 Gambar


Jambatan Runtuh!

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyatakan komitmen untuk memperbaiki persimpangan bertingkat di Taman Sains Selangor yang runtuh petang tadi.

Pengurus Besar PKNS, Othman Omar berkata, kerja-kerja membaik-pulih akan dijalankan dengan kadar segera.

“PKNS telah menubuhkan jawatan kuasa siasatan teknikal bagi mengenalpasti punca kejadian ini,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Beliau mengesahkan bahawa tiada kecederaan atau kehilangan nyawa yang dilaporkan akibat kejadian itu.

Laluan lebuh raya berkenaan telah diserahkan kepada PLUS pada 22 Mac tahun lalu.

“Setelah PLUS ambil alih, pihak PLUS banyak melakukan kerja penyelenggaraan dan baik pulih persimpangan bertingkat tersebut,  PKNS sentiasa memantau keadaan keselamatan di kawasan tersebut,” kata Othman.

PKNS dan PLUS sebelum ini telah mencapai persetujuan untuk melantik perunding bebas bagi mengenalpasti kerosakkan di persimpangan bertingkat tersebut dengan kos ditanggung bersama.

Walaubagaimanapun, bagi mempercepatkan tindakan naik pulih, PKNS akan melaksanakan kerja-kerja tersebut dengan kadar segera.

Persimpangan bertingkat yang mula dibina pada Oktober 2007 itu mula beroperasi pada November 2009.

highwayelite06

highwayelite08

highwayelite07
highwayelite09
highwayelite10
highwayelite11
highwayelite12
highwayelite13
highwayelite14
highwayelite16
highwayelite15
highwayelite17

highwayelite18

highwayelite19

highwayelite21

Sumber Berita dan Ihsan gambar : http://mynewshub.my/

Comments