Skip to main content

Suara Keadilan cari wartawan, artis grafik dan pembaca pruf


kdKUALA LUMPUR 11 MEI: Suara Keadilan, akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat memerlukan tambahan wartawan, artis grafik dan pembaca pruf seberapa segera bagi memperluas operasi penerbitan.
Pada masa ini, jualan akhbar mingguan itu mencecah 130,000 nashkah setiap keluaran dan ia terbit dua kali seminggu sejak pembubaran parlimen berikutan permintaan rakyat.
Mengikut Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Suara Keadilan mencatat kedudukan tertinggi sebagai sumber maklumat politik di kalangan media alternatif.
Suara Keadilan berada pada kedudukan pertama dengan capaian 12 peratus, diikuti Harakah untuk PAS (11 peratus) dan Roket mewakili DAP (1 peratus).
Kepada yang berminat untuk bersama-sama berjuang menerusi Suara Keadilan, emel butiran diri kepada skeadilan@gmail.com

Comments